Thursday, October 14, 2010

KELEBIHAN ILMU DAN ULAMA

Firman Allah Ta`ala:

Mengangkat Allah Ta`ala akan mereka yang beriman  dan segala mereka yang diberi akan mereka itu ilmu beberapa derajat.

  1. Kata Ibnu Abbas Radhiyallahu `anhuma :  Bagi mereka itu beberapa derajat yang lebih atas orang mukmin dengan tujuh ratus derajat; barang yang antara derajat itu perjalanan lima ratus tahun, saperti  antara langit dan bumi.
  2. Daripada Ibnu Abbas Radhiyallahu `anhuma : Bahawasanya Allah Ta`ala bermegah-megah akan malaikat dengan dakwat ulama saperti bermegah-megah Ia  dengan darah orang yang mati syahid.
  3. Kata Imam Syafi`e Radhiyallahu Ta`ala `anhu :   Barangsiapa tiada kasih akan ilmu, tiada kebajikan padanya maka jangan  kamu berkenalan dan bertaulan dengan dia kerana bahawasanya ilmu itu menghidupkan segala hati.
  4. Sabda Nabi Sallallahu `alaihi wasallam :  Menuntut ilmu itu fardhu atas tiap-tiap muslim (laki-laki) dan muslimah  (perempuan).
  5.  Daripada Saiyidina Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu `anhu :   Barangsiapa  menuntut ilmu adalah syurga itu didalam tuntutnya dan barangsiapa  menuntut maksiat adalah neraka itu didalam tuntutnya.Ulama ditanggungkan atas ilmu yang manfaat. Ulama yang tidak beramal dengan ilmunya dicela oleh syara`.
  6. Daripada Abi Hurairah dan Abi Zar Radhiyallahu `anhuma bahawasanya keduanya dengar Rasulullah Sallallahu `alaihi Wasallam bersabda :   Apabila  orang yang menuntut ilmu itu  menemui mati dalam keadaan menuntut ilmu maka ia mati syahid.
  7. Sabda Nabi Sallallahu `alaihi wasallam bagi Ibnu Mas`ud Radhiyallahu `anhu:  Hai Ibnu Mas`ud, duduk engkau satu saat pada majlis ilmu padahal tiada engkau menyentuh qalam dan tiada engkau menyurat satu huruf jua pun, maka ia terlebih baik daripada memerdekakan seribu sahaya dan menilik engkau kepada muka orang `alim terlebih baik daripada seribu kuda yang engkau sedekah dengan dia didalam sabilillah dan memberi salam engkau atas orang `alim terlebih baik daripada ibadat seribu tahun (yang sunat).
  8. Riwayat daripada Umar bin Al-Khatthab ia berkata  aku dengar Rasulullah Sallallahu `alaihi Wasallam bersabda :  Barangsiapa berjalan kepada halaqah orang `alim  adalah baginya tiap-tiap langkah seratus kebajikan, maka apabila duduk ia padanya dan mendengar ia akan barang yang dikatanya, adalah baginya dengan tiap-tiap satu kalimat satu kebajikan.
  9. Sabda Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam  :  Satu orang `alim faqih yang memberati dengan wara` terlebih payah atas syaitan tipu-dayanya daripada seribu `abid yang bersungguh-sungguh pada ibadatnya yang jahil lagi wara` saperti kisah Bersesa .
  10. Sabda Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam  : Kelebihan orang `alim atas orang `abid saperti kelebihan bulan pada malam penuh purnama atas segala bintang dan dikehendaki dengan  kelebihan itu , banyak pahalanya dan tinggi derajatnya pada akhirat. ( Pada satengah riwayat : saperti kelebihanku atas umatku).
  11.  Riwayat daripada  Ibnu `Abbas Radhiyallahu `anhuma daripada Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam bersabda :  Hai Tuhanku ampun olehMU bagi segala orang yang mengajar dan  beri berkat olehMU pada badan mereka itu dan panjangkan olehMU pada umur mereka itu.
  12. Daripada Umamah daripada  Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam bersabda : Bahawasanya Allah Ta`ala dan malaikat dan ahli langit dan ahli bumi dan ikan dilaut berselawat mereka itu (minta ampun mereka itu atas orang yang mengajar akan manusia dengan kebajikan).
  13.  Daripada Annas Radhiyallahu `anhu daripada  Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam bersabda : Barangsiapa kasih kepada pemerdekaan Allah Ta`ala daripada api neraka maka tilik olehmu kepada orang yang belajar ilmu. Demi Tuhan diri Muhammad dengan tangan kudratNYA, tiada daripada orang yang berlajar ilmu yang pergi datang kepada pintu orang yang `alim melainkan di surat Allah baginya dengan tiap-tiap langkah, ibadat setahun dan diperbuat baginya dengan tiap-tiap langkah itu mahligai didalam syurga dan berjalan ia diatas bumi dan bumi meminta ampun baginya.
  14.   Riwayat daripada Abdullah bin Mas`ud Radhiyallahu `anhu sabda  Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam  :  Barangsiapa berlajar satu bab daripada `ilmu yang dapat manafa`at dengan dia pada akhiratnya dan pada dunianya nescaya terlebih baik baginya daripada umur dunia tujuh ribu tahun puasa pada siang harinya dan sembahyang pada malamnya lagi maqbul `amalnya.
  15. Sabda  Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam  :  Aku perbendaharaan ilmu dan `Ali pintunya, maka tatkala mendengar  segala orang Khawarij akan hadis ini hasad mereka itu atas Saidina `Ali maka berhimpun sepuluh orang yang besar-besar daripada mereka itu dan berkata, kita tanya akan dia  pada masa`alah seorang. Jika ia jawab bagi tiap-tiap seorang daripada kita lain jawabnya maka kita ketahuilah bahawasanya ia `alim sungguh saperti kata Nabi itu. Datang seorang daripada mereka itu dan berkata ia ; Hai  `Ali `ilmu afdhalkah atau harta? Maka jawabnya ``ilmu afdhal daripada harta, maka katanya apa dalilnya? Jawabnya kerana `ilmu pesaka Nabi-Nabi dan harta pesaka Qarun, Syaddad, Fir`un dan umpama mereka itu. Kemudian datang yang kedua bertanya ia saperti yang dahulu jua, maka jawab Saiyidina `Ali; `ilmu afdhal daripada harta kerana `ilmu itu memeliharakan dikau, dan harta, engkau peliharakan dia. Kemudian datang yang ketiga bertanya ia saperti dahulu jua maka jawab Saiyidina `Ali; `ilmu itu afdhal daripada harta kerana yang punya harta banyak seteru dan orang yang mempunyai `ilmu itu banyak taulannya. Kemudian datang yang keempat bertanya ia saperti dahulu jua maka jawab Saiyidina `Ali; `ilmu itu afdhal daripada harta kerana harta itu apabila engkau nafkahkan  kurang ia dan `ilmu apabila engkau nafkah dia bertambah ia.  Kemudian datang yang kelima bertanya ia saperti dahulu jua maka jawab Saiyidina `Ali; `ilmu itu afdhal daripada harta kerana yang punya harta diseru dengan nama bakhil dan cela dan punya `ilmu diseru dengan nama besar dan mulia.  Kemudian datang yang keenam bertanya ia saperti dahulu jua maka jawab Saiyidina `Ali; `ilmu itu afdhal daripada harta kerana harta dipeliharakan dia daripada pencuri, `ilmu tiada dipeliharakan daripada pencuri.  Kemudian datang yang ketujuh bertanya ia saperti dahulu jua maka jawab Saiyidina `Ali; `ilmu itu afdhal daripada harta kerana yang punya harta dihisab akan dia pada hari qiamat dan yang punya `ilmu disyafa`at akan dia pada hari qiamat.  Kemudian datang yang kedelapan bertanya ia saperti dahulu jua maka jawab Saiyidina `Ali; `ilmu itu afdhal daripada harta kerana harta binasa dengan lama masa dan `ilmu tiada binasa dengan demikian. Kemudian datang yang kesembilan bertanya ia saperti dahulu jua maka jawab Saiyidina `Ali; `ilmu itu afdhal daripada harta kerana harta mengeraskan hati dan `ilmu menerangkan hati.  Kemudian datang yang kesepuluh bertanya ia saperti dahulu jua maka jawab Saiyidina `Ali; `ilmu itu afdhal daripada harta kerana yang punya harta mendakwakan ketuhanan sebab harta dan yang punya `ilmu mendakwakan kehambaan.  Kata saiyidina `Ali jikalau bertanya mereka itu akandaku pada masa`alah ini nescaya aku jawab yang berlain-lain selama hidupku, maka datang mereka itu masuk islam sekaliannya.
  16.  Sabda  Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam  : Barangsiapa berpindah kerana berlajar `ilmu (`ilmu syar`e) diampuni baginya dahulu daripada melangkah ia daripada tempatnya (jika menghendaki dengan berlajar itu bagi wajah Allah Ta`ala.
  17. Sabda  Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam  : Mulia olehmu akan `ulama bahawasanya mereka itu pada Allah Ta`ala kemuliaan lagi dimuliakan mereka itu (pada malaikat dan lainnya.
  18. Riwayat daripada  Abi Hurairah Radhiyallahu `anhu berkata ia aku dengar Rasulullah Sallallahu `alaihi Wasallam bersabda : Apabila berkhabar-khabar orang `alim pada majlisnya dengan `ilmu padahal tiada dimasuk akan dia main-main dan tiada sia-sia nescaya menjadi Allah Ta`ala daripada tiap-tiap kalimat yang keluar daripada mulutnya satu malaikat meminta ampun ia baginya dan bagi orang yang mendengarnya hingga Hari Qiamat.
  19.  Sabda  Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam  :  Barangsiapa menilik (melihat) kepada muka orang `alim satu tilik, suka ia dengan tilik itu maka malaikat meminta ampun baginya hingga Hari Qiamat.
  20.  Sabda  Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam  : Barangsiapa memuliakan orang `alim maka sesungguhnya memuliakan ia akan daku dan barangsiapa memuliakan akan daku maka memuliakan ia akan Allah Ta`ala dan barangsiapa memuliakan Allah maka tempatnya Syurga.
  21. Sabda  Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam  :  Tidur orang `alim  itu afdhal daripada  `ibadat orang jahil.
  22. Sabda  Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam  :  Barangsiapa berlajar satu bab daripada `ilmu ber`amal dengan dia atau tiada ber`amal dengan dia adalah ia terlebih afdhal daripada sembahyang sunat seribu raka`at tetapi tak  dapat tiada bagi hamba itu daripada beramal dengan `ilmunya kerana banyak hadis yang mencela akan `ulama yang tiada ber`amal dengan `ilmunya. Saperti riwayat daripada Saiyidina `Umar bin Al-Khattab Radhiyallahu `anhu berkata ia, aku dengar Rasulullah Sallallahu `alaihi Wasallam bersabda :  Bahawasanya orang `alim apabila tiada ber`amal dengan `ilmunya didalam rongganya, melaknat akan dia oleh tiap-tiap sesuatu yang naik atasnya matahari dan menyurat Malaikat Hafadzah tiap-tiap hari dimeteri atas suratannya ini hamba yang putus asa daripada rahmat Allah;  Hai hamba Allah yang mensia-siakan segala haq penghulunya, hai orang yang tiada ber`amal dengan `ilmunya, atas engkau laknat Allah. Maka apabila mati ia dicabut Allah akan ruhnya atas ketiadaan syahadat dan diharamkan mati diatas beriman. A`aazanallahu min zaalik.
  23.  Sabda  Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam  :   Bahawasanya yang terlebih manusia siksa pada Hari Qiamat itu orang `alim yang tiada memberi manfa`at akan dia `ilmunya (tiada meng`amalkan dengan `ilmunya). Riwayat Thabarani dan Baihaqi. (Kata Ibnu Roslan) : Maka orang `alim yang tiada meng`amalkan dengan `limunya disiksa akan dia dahulu daripada kafir yang menyembah berhala. (Kat Imam Ghazali Rahimahullahu Ta`ala):  `Ilmu dengan tiada `amal itu gila dan `amal dengan tiada `ilmu itu tiada sah.
  24. Sabda  Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam  : Barangsiapa ziarah akan orang `alim maka seolah-olah saperti ia ziarah akandaku dan barangsiapa berjabat tangan akan orang `alim maka seolah-olah saperti ia berjabat tangan akandaku dan barangsiapa sekedudukan ia akan orang `alim maka seolah-olah saperti ia sekedudukan akandaku pada dunia dan barangsiapa sekedudukan akandaku pada dunia aku dudukkan dia sertaku  pada Hari Qiamat.
  25. Riwayat daripada  Abi Hurairah Radhiyallahu `anhu berkata ia aku dengar Rasulullah Sallallahu `alaihi Wasallam bersabda :  Barangsiapa ziarah orang `alim aku dhaman (jamin) baginya atas Allah Ta`ala akan Syurga.
  26.  Daripada  Saiyidina `Ali Ibnu Abi Thalib bahawasanya berkata ia sabda  Rasulullah  صلى الله عليه وسلم  :  Barangsiapa ziarah akan orang `alim (quburnya) kemudian membaca ia disisinya akan satu ayat daripada Kitab Allah nescaya memberi akan dia Allah Ta`ala dengan sebilang-bilang langkahnya satu mahligai didalam Syurga dan adalah baginya dengan tiap-tiap satu huruf yang dibacanya diatas quburnya satu mahligai didalam Syurga daripada emas. [Hikayat daripada Ka`ab Al-Ahbar] Bahawasanya Allah Ta`ala hisabkan hambanya maka apabila berat kejahatannya atas kebajikannya, disuruh dia kepada Neraka. Apabila dibawa dia kepada Neraka, berfirman Allah Ta`ala kepada Jibril; dapatkan olehmu akan hambaKU itu dan tanyakan akandia adakah ia duduk pada majlis orang `alim di dunia maka AKU ampunkan  baginya dengan syafa`atnya, bertanya Jibril akandia mak katanya tiada. FirmanNYA lagi tanya olehmu adakah ia kasih akan orang `alim, maka katanya tiada. FirmanNYA lagi tanya olehmu adakah ia duduk bersama hidangan orang `alim maka katanya tiada. FirmanNYA lagi tanya olehmu adakah ia diam pada kampong orang `alim maka katanya tiada. FirmanNYA lagi tanya olehmu adakah muafakat namanya akan nama orang `alim atau nasabnya nasab orang `alim maka katanya tiada. FirmanNYA lagi tanya olehmu adakah ia kasih ia akan laki-laki yang kasih ia akan orang `alim katanya ya; FirmanNYA bagi Jibril, ambil olehmu akan tangannya dan bawa akandia  masuk kedalam Syurga, telah aku ampun baginya dengan sebab demikian itu.  Wallahu a`lam.
  27.  Sabda  Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam  :  Berlajar olehmu akan `ilmu kerana berlajar `ilmu itu kebajikan dan menuntut akan dia itu `ibadat  dan muzakarah akan dia itu tasbih dan bahas daripadanya jihad ( sapeerti perang sabil) dan mengajar akan dia bagi orang yang tiada tahu itu sedekah.
  28. Sabda  Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam  :  Adalah bagi Allah Ta`ala pada tiap-tiap hari dan malam seribu rahmat, sembilan ratus sembilan puluh sembilan  bagi `ulama dan bagi segala orang yang menuntut `ilmu, dan rahmat yang satu bagi segala manusia yang lain daripada mereka itu.
  29. Sabda  Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam  :  Ilmu itu beberapa bendeharaan, anak kuncinya  bertanya, maka tanya olehmu kerana diberi pahala padanya akan empat orang; 1) iaitu orang yang bertanya,     2) orang`alim, 3) orang yang mendengar dan 4) orang yang kasih bagi mereka itu.
  30. Berkata Abid Darda : Orang yang mengajar dan orang yang berlajar itu bersekutu keduanya pada  kebajikan dan sekalian manusia saperti lalat atas muka binatang tiada kebajikan mereka itu. Dan katanya lagi : Jadi olehmu `alim atau ong berlajar atau orang mendengar dan jangan kamu jadi yang keempat iaitu jahil maka binasa  engkau.
  31. Sabda  Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam  : Barangsiapa berlajar satu bab daripada `ilmu supaya mengajar ia akan manusia, diberi akan dia pahala tujuh puluh orang benar (sidek).
 
TANBIAH (PERINGATAN)

Bagi orang yang menuntut `ilmu itu untuk membaikkan niatnya kerana  
Sabda  Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam  :
Sesungguhnya segala `amalan itu dengan niat.
Dan daripada Rasulullah Sallallahu `alaihi Wasallam  : 
Beberapa daripada `amal dirupakan dengan  rupa `amal dunia  dengan baik niat adalah ia daripada `amal  akhirat dan beberapa daripada `amal dirupakan dengan rupa `amal akhirat tetapi menjadi `amal dunia dengan sebab jahat niatnya.

Maka  bagi siapa hendak berbuat sesuatu kebajikan hendaklah menghadirkan niat kerana 
Allah Ta`ala kerana niat itu kepala segala `amal.

Barangsiapa  membukakan atas dirinya pintu kebajikan dibukakan Allah atasnya tujuh puloh pintu petunjuk  dan barangsiapa membukakan atas dirinya pintu kejahatan dibukakan Allah atasnya tujuh puloh pintu Khazlaan (tiada dapat petunjuk).
Pintu kebajikan itu daripada baik niat dan pintu kejahatan itu daripada jahat niat maka apabila berniat hamba akan kebajikan, diberi pahala atasnya dan jika tiada ia berbuat akan dia sekalipun.

Saperti yang tersebut didalam musnad Abi Ya`la bahawasanya Rasulullah Sallallahu `alaihi Wasallam bersabda : Firman Allah Ta`ala bagi Malaikat Hafadzah pada Hari Kiamat; suruh olehmu bagi hambaku bagian-bagian daripada pahala, maka kata malaikat Hafadzah; tiada kami ketahui akan demikian itu daripadanya dan tiada dalam suratannya maka firman Allah Ta`ala bahawasanya ia berniat hendak perbuat akandia. 

[Hikayat] DUA ORANG BERSAUDARA
Dua orang bersaudara,salah seorang daripadanya `abid (ahli ibadat) yang berbuata ibadat dan yang stau lagi itu melebih-lebihi atas dirinya dengan syahwat keinginan nafsunya. Adalah yang `abid itu cinta hendak melihat iblis maka pada satu hari melihat ia akan iblis dan berkata iblis baginya; Hai menyesal atas engkau, telah engkau sia-siakan `umur engkau empat puloh tahun didalam menegahkan diri engkau dan memenatkan badan engkau pada hal tinggal lagi `umur engkau empat puloh tahun, maka ikut olehmu akan nafsu engkau pada segala keinginannya. Berkata yang `abid pada dirinya aku hendak turun pergi muafakat dengan saudaraku  dibawah itu pada makan dan minum pada segala yang lazat-lazat dalam masa dua puloh tahun kemudian aku taubat dan aku berbuat ibadat pad dua puloh tahun yang tinggal  lagi, maka turun ia pada saudaranya atas niat itu dan saudaranya yang dibawah (yang mabuk arak) mengetahui ia akan dirinya didalam kelakuan  yang sangat jahat maka berkata ia pada dirinya; telah aku membinasakan `umurku didalam maksiat dan saudara ku didalam ta`at dan ibadat maka aku masuk neraka dan ia masuk syurga kemudian berniat ia hendak taubat dan hendak berbuat `ibadat serta saudaranya maka naik ia kepada saudaranya atas niat ta`at dan `ibadat dan turun saudaranya atas niat maksiat maka tergelincir kakinya jatuh atas saudaranya maka mati keduanya. Dihasyarkan `abid atas niat maksiat dan hasyarkan yang `asi (bermaksiat) itu atas niat ta`at dan `ibadat.

[Hikayat]
Didatangkan dengan seorang pada Hari Kiamat mengambil ia akan suratan `amalnya dengan tangan kanan maka mendapat ia padanya akan pahala haji dan perang sabil dan sedekah yang tiada ia kerjakan dia pada dunia, berkata ia; Hai Tuhanku ini bukan suratanku, tiada aku berbuat suatu daripada demikian itu maka firman Allah Ta`ala; ini surat engkau dan engkau berkata jika ada bagiku harta, aku hendak mengerjakan haji dan bersedekah dan perang sabil. AKU ketahui akan benar niat engkau itu maka AKU berikan dikau pahala demikian itu sekaliannya.  Ini menunjukkan bahawa niat hendak berbuat kebajikan itu dapat pahala dan jikalau tiada  dikerjakan dia sekali pun.Maka sayugianya hendaklah berniat hendak berbuat sekalian bagi kebajikan apabila kuasa atasnya.

Hendaklah berniat dengan menuntut `ilmu itu akan keredhaan Allah Ta`ala dan negeri akhirat dan menghilangkan jahil daripada dirinya dan daripada orang yang jahil dan menghidupkan agama kerana bahawasanya kekal agama Islam itu dengan `ilmu dan tiada sah zahid dan taqwa melaikan dengan `ilmu  dan berniat syukur atas nikmat iman dan `aqal dan sihat badan dan jangan berniat dengan menuntut `ilmu itu akan berhadap manusia kepadanya dan mendatangkan dunia dan kemulian pada raja-raja dan lainnya daripada dunia maka tiadalah dapat fadilat menuntut `ilmu yang tersebut.



ADAB BAGI ORANG YANG MENUNTUT

Hendaklah bagi orang yang menuntut itu memelihara akan segala adabnya kerana tiada mencapai akan `ilmu dan tiada manfa`at dengan dia dan tiada berkat padanya melainkan dengan beradab. Satengah daripadanya :
  • MEMBESARKAN `ILMU DAN AHLINYA.
  • MEMBESARKAN GURUNYA... Satengah daripada membesarkan dia:
  1. Jangan berjalan dihadapannya.
  2. Jangan duduk pada tempatnya.
  3. Jangan memulai perkataan.
  4. Jangan membanyakkan perkataan  dan tertawa-tawa dihadapannya melainkan dengan izinnya atau redhanya.
  5. Jangan bertanya akan dia masaalah pada ketika  jemu.
  6. Jangan diseru akan dia dengan namanya saperti jangan diserukan dua ibu-bapa dengan nama keduanya.
  • MEMBESARKAN KITAB ... Satengah daripadanya :
  1. Jangan mengambil akan dia melainkan dengan wudhu kerana bahawasanya `ilmu itu nur dan wudhu itu nur maka bertambah nur `ilmu itu dengan nur wudhu.
  2. Jangan menganjurkan kakinya kepada kitab.
  3. Jangan menghantarkan (meletakkan) atasnya suatu.Iaitu haram melainkan kerana hajat.
  • MEMBESARKAN `ILMU...Satengah daripadanya :
  1.  Membesarkan taulannya yang bersekutu pada menuntut `ilmu.
  2. Memeliharakan daripada perangai yang keji-keji dan menjauhkan dia.
    Sabda Nabi Sallallahu`alai wasallam.:
    TIADA MASUK MALAIKAT PADA RUMAH YANG ADA PADANYA ANJING ATAU RUPA-RUPA BINATANG DAN BAHAWASANYA MENUNTUT `ILMU ITU DENGAN WASITAH MALAIKAT.


    ORANG YANG TIDAK WARA` PADA MENUNTUT `ILMU

    Besabda Nabi Sallallahu`alai wasallam.:
     BARANGSIAPA TIADA WARA` PADA MENUNTUT `ILMU, DIBALA AKAN DIA DENGAN SALAH SATU DARIPADA TIGA PERKARA;
    • DIMATI AKAN DIA PADA KETIKA MUDANYA.
    • JATUH AKAN DIA PADA PIHAK TEPI-TEPI NEGERI.
    • DIBALAKAN DIA DENGAN BERKHIDMAT PADA RAJA-RAJA.
     MANAKALA ORANG YANG MENUNTUT `ILMU ITU TERLEBIH WARA` NESCAYA ADALAH `ILMUNYA TERLEBIH MANFA`AT , BERLAJAR TERLEBIH MUDAH DAN SEGALA FAEDAHNYA TERLEBIH BANYAK.

    Satengah daripada wara` yang kamil (sempurna) :
    • MEMELIHARA IA DARIPADA KENYANG, BANYAK TIDUR DAN MEMBANYAKKAN PERKATAAN YANG SIA-SIA.
    • MEMELIHARA IA DARIPADA MAKAN AKAN MAKANAN PEKAN KERANA : 
    1.  MAKANAN PEKAN ITU TERLEBIH HAMPIR BAGI NAJIS DAN KHIANAT DAN TERLEBIH JAUH DARIPADA ZIKIR ALLAH DAN TERLEBIH HAMPIR KEPADA LALAI; 
    2. MATA SEGALA FAQIR JATUH ATASNYA TIADA KUASA MEREKA ITU MEMBELI AKAN DIA MAKA JADI MENYAKITI MEREKA ITU DENGAN DEMIKIAN ITU MAKA HILANG BERKATNYA. 
    Besabda Nabi Sallallahu`alai wasallam.:
    HAK ORANG MENGAJAR ATAS ORANG BERLAJAR ITU ENAM PERKARA :
    1. JANGAN DI SERU AKAN GURUNYA DENGAN NAMANAYA.
    2. JANGAN DI JADIKAN LUTUTNYA  SERTA LUTUT GURUNYA.
    3. JANGAN DUDUK PADA TEMPATNYA.
    4. JANGAN TERTAWA-TAWA DI HADAPANNYA.
    5. JANGAN BERJALAN DI HADAPANNYA.
    6. JANGAN MENGANGKAT SUARANYA ATAS SUARA GURUNYA.
    YANG TERLEBIH KUAT SEBAB BAGI HAFAZ

    Satengah daripada  yang terlebih kuat sebab bagi hafaz: Bersungguh dan mengekali dan sedikit makan dan sembahyang tahajjud  pada malam dan membanyakkan membaca Quran dan membaca tatkala mengangkat akan kitabnya :

    BISMILLAH.
    WASUB HAA NALLAH.
    WALHAMDULILLAH.
    WALAA ILAAHA IL LALLAH.
    WALLAHU AKBAR.
    WALAA HAULA WALAA QUW WATA ILLAA BIL LAAH.
    AL `ALIYUL `A DZIIM.
    AL `AZIIZUL `ALIIM.
    `ADADA KULLI.......................................
    DAA HIRIIN.

    Dan membanyakkan selawat atas Nabi Sallallahu `alihi wasallam dan bersugi dan meminum asli madu dan memakan kundur serta sakar dan makan buah zabib merah dua puloh satu biji tiap-tiap hari pagi-pagi belum makan sesuatu.  Faedahnya mempesakai akan hafaz dan menyembuh daripada segala penyakit.

    Saturday, April 24, 2010

    KELEBIHAN FIKIR

    Menjalankan Hati Dengan menilik Pada Pekerjaan Kerana Menuntut Akan Yang Baik Atau Yang Terlebih Baik.


    Firman Allah Ta`ala yang ertinya :

    Dan tiadakah menilik mereka itu (Kuffar Mekah) dengan mengambil fikir pada kerajaan didalam tujuh petala langit dan bumi daripada segala yang ajaib-ajaib dan indah barang yang didalam keduanya dan pada barang yang dijadikan dia Allah Ta`ala daripada sesuatu dan pada keadaan hampir ajal mereka itu (jika memikir mereka itu pada indah kejadian barang yang didalam keduanya) nescaya dapat pertunjuk mereka itu padanya atas hikmat Allah Ta`ala dan akmal kudratnya dan jika memikir mereka itu pada keadaan hampir ajal mereka itu maka putuslah angan-angan cita mereka itu nescaya bersegera mereka itu kepada beriman dan amal yang salih

    1. Riwayat Abi Sulaiman, Sabda Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam : 
     Berfikir pada akhirat itu mempesakai akan hikmat dan menghidupkan hati dan berfikir pada dunia itu dinding atas akhirat.


    Bagi tiap-tiap sesuatu itu penyakit dan bagi tiap-tiap penyakit itu ada baginya ubat. Penyakit hati itu lalai maka ubatnya fikir kerana fikir itu menerangkan mata hati, dengan dialah dilihat akan kebajikan dan kejahatan, yang manfaat dan mudarat. Tiap-tiap hati yang tiada fikir padanya adalah rumah syaitan.

    Lalai itu pedang syaitan maka sangat siksa barangsiapa jatuh atasnya, dari itu takutlah kamu daripada lalai kerana jadi  daripada lalai itu tujuh perkara :


    • Kasih akan kemuliaan
    • Kasih akan kaya
    • Kasih akan pekerjaan
    • Kasih akan pakaian
    • Kasih akan isi rumah
    • Kasih akan kenyang
    • Kasih akan tidur




    2.  Sabda Nabi Sallallahu `alaihi wasallam :

    Yang terlebih hampir kamu daripada aku pada hari kiamat, orang yang terlebih banyak lapar dan berfikir.
     

    3. Pada satu riwayat :

    Yang terlebih afdhal diantara kamu derajatnya di sisi Allah pada hari kiamat ialah orang yang panjang laparnya dan banyak berfikir pada Allah Ta`ala. Kata Maqdad bin Al-Aswad : Masuk aku atas Abu Hurairah Radhi yallahu `anhu, mendengar aku dia berkata Sabda Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam : Berfikir satu saat itu terlebih baik daripada ibadat setahun. Kemudian masuk aku atas Ibnu `Abbas Radhi yallahu `anhuma, Aku dengar  dia berkata Sabda Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam : Berfikir satu saat itu terlebih baik daripada ibadat tujuh puluh tahun.  Kemudian masuk aku atas Nabi  Sallallahu `alaihi Wasallam : Aku Khabarkan dia dengan yang demikian itu maka sabdanya: Benar mereka itu. Seru olehmu mereka itu bagiku, maka bertanya Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam kepada Aba Hurairah daripada fikirnya. Fikirku pada kejadian tujuh petala langit dan bumi maka sabdanya: Fikir engkau itu lebih baik daripada ibadat setahun.


    4.   Sabda Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam :

    Turun atasku ayat Quran (yang maksudnya) : Kerugianlah bagi barangsiapa membaca akan dia dan tiada  mengambil fikir padanya.

    5.   Pada satu riwayat :

    Kerugianlah  baginya  di ulang-ulangi akan dia sepuluh kali.

      
    Firman Allah Ta`ala (yang ertinya) :

     Pada menjadikan tujuh petala langit dan bumi dan bersalah-salahan siang dan malam itu beberapa tanda (atas  kamal kudrat Allah Ta`ala) bagi orang yang mempunyai akal (tiada dijadikan dia sia-sia jua).


    Bertanya Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam akan Ibnu `Abbas Radhi yallahu `anhuma daripada fikirnya maka sembahnya fikir ku pada mati dan haru-haranya, maka sabdanya, fikir engkau lebih baik daripada ibadat tujuh puluh tahun maka tiada berlawanan  dua hadis itu kerana bersalah-salahan pada fikirannya.


    Kata Ibrahim bin Adham; Bermula fikir itu atas tiga bahagi :

    • Fikir pada segala kejadian Allah dan mengambil dalil dengan dia atas Allah Ta`ala iaitu hal ulama.
    • Fikir pada  segala yang halus-halus dan yang indah-indah daripada segala kejadian Allah Ta`ala dan kelebihan segala nikmatnya. iaitu asal syukur bagi Allah Ta`ala.
    • Fikir pada segala amal kerana menyucikan dia daripada campur umpama ria dan takbur yang membinasakan dia , iaitu kelakuan orang yang `abidin (ahli ibadat).

    Kata Fadhil Rahimahullahu Ta`ala;
    Fikir itu cermin hati, dengan dialah engkau lihat akan segala kebajikan engkau dan segala kejahatan engkau dan yang manfaat dan yang mudarat.

    Kata satengah orang yang `arifin;
    Fikir itu dua bahagi:
    • Fikir pada Tuhan
    • Fikir pada barang yang bergantung dengan hamba.
    Adapun fikir pada Tuhan itu telah ditegah oleh syara` daripadanya. Tersebut didalam sahihin, barang yang menguatkan haram memikirkan pada khaliq saperti khabar Bukhari :
    Datang syaitan akan seorang daripada kamu maka berkata ia; siapa menjadikan begini dan siapa menjadikan begini hingga berkata ia siapa menjadikan tuhan engkau, maka apabila sampai akan dia demikian itu hendaklah minta berlindung dengan Allah daripadanya dan hendaklah tertegah dan berkata ia  > beriman aku kepada Allah<.

    Adapun fikir pada barang yang bergantung dengan hamba maka sayugianyajika fikir atas maksiat maka hendaklah bersegera ia kepada taubat dan istigfar, jika fikir atas kebajikan maka bersyukurlah, kemudian fikirkan pada memindahkan segala anggotanya daripada maksiat kepada taat. Kedua matanya membimbang dengan tilik iktibar, lidahnya membimbang dengan zikir, istigfar, tasbih dan azkar. Demikianlah pada sekalian anggotanya malam dan siang didalam taat akan Tuhan Al-Waahidul Qahhaar. Kemudian fikir ia pada bersegera bagi segala waktunya dengan segala yang sunat barang sekuasanya, kerana menuntuti bagi laba dan darjat pada negeri akhirat. Tilik pada singkat umurnya, maka hendaklah ia jaga baginya dahulu daripada hilangnya.

    Fikir ia pada sifat batinnya maka hendaklah ia meninggalkan sifat kecelaan saperti ria, takbur, ujub, bakhil, hasad dan dengki. Dan memperbuat ia akan segala perkara yang kepujian saperti sedekah, ikhlas, sabar, takut dan harap.

    Memikirkan kejadian Allah itu adalah sabesar-besar derajat yang mendampingkan diri kepada Allah.  Tilik pada kejadian diri engkau daripada indah susunannya, memadailah diri kamu untok dijadikan iktibar.

    Firman Allah Ta`ala :
     Dan pada diri kamu tidakkah kamu lihat tanda yang menunjukkan atas kesempurnaan Kudrat Allah Ta`ala.?

    Tiadakah kamu mengambil iktibar pada kejadian kamu daripada permulaan kejadian kamu hingga kesudahannya.?
    Allah Ta`ala telah menghiasi manusia dengan beberapa anggota yang zahir dan dihimpunkan padanya beberapa perkara yang berlawanan iaitu panas dan sejuk, kering dan basah.

    Pada diri kamu terdapat pertolongan daripada Allah berupa nikmat saperti hidup, ilmu, kudrat, amal, perkataan, pendengaran, penglihatan, segala yang lazat-lazat. Sabesar-besar nikmat itu adalah nikmat Iman dan Islam. Walaupun beribadat siang dan malam lima ratus tahun nescaya tiada menyamai akan nikmat satu mata jua pun.

    Allah Ta`ala memalingkan daripada kamu akan segala yang mudarat dan kebinasaan, ini menunjukkan Allah Ta`ala amat kasih sayang akan hambanya lebih daripada kasih sayang ibu akan anaknya.

    Jika Allah Ta`ala tidak mengurniakan nikmat-nikmat ini nescaya tiada kamu dan jika diputuskanNya nikmat-nikmat itu binasa kamu. Maka yang demikian itu sabesar-besar nikmat yang tiada dapat dikira-kira yang mewajibkan kamu syukur dan taat akan Tuhan yang mengurniakan segala nikmat itu.

    Dan jikalau lali kamu daripada demikian itu maka ditakuti dihilangkan segala nikmat itu daripada kamu dan dirasai akan pedih azabNya.

    Firman Allah Ta`ala :
    Sesungguhnya jika syukur kamu nescaya Aku (Allah) tambahkan akan kamu dan sesungguhnya jika kufur kamu, maka sesungguhnya siksaKu  amat pedih.

    Sesungguhnya telah dibangkitkan kepada kamu akan rasul yang dikuatkan dia dengan beberapa mukjizat yang menyalahi adat, yang keluar dari kuasa anak Adam dan mengkhabarkan ia bahawasanya bagi kamu itu Tuhan yang Amat Mengetahui dengan segala asrar hambaNya dan barang yang bergerak pada segala fikirannya, lagi Amat Kuasa atas menyiksa akan hambaNya jika menderhaka ia, dan memberi pahala  jika taat akan Dia dan bahawasanya syurga itu negeri nikmat tempat kesudahan bagi hambaNya yang bahagia serta dengan berbagai-bagai nikmatnya kekal selama-lama.  Dan bahawasanya neraka itu negeri azab tempat kesudahan bagi hamba yang selaka serta berbagai-bagai siksanya kekal selama-lama.

    Wallallahu a`lam.

    Friday, April 23, 2010

    Menjagakan Segala Hati Yang Lalai


    DENGAN NAMA ALLAH TUHAN YANG AMAT PEMURAH ATAS SEGALA HAMBANYA DENGAN SEBESAR-BESAR NIKMAT LAGI AMAT MENGASIHANI AKAN HAMBANYA DENGAN SEHALUS-HALUS NIKMAT.


    Segala puji bagi Allah Tuhan yang menentukan ia akan zatNya dengan berkekalan dan yang mengurniakan atas kita dengan nikmat Iman dan Islam. Dan yang menjadikan daripada nurNya akan nur kekasihnya Nabi Muhammad dahulu daripada dijadikan Adam dengan dua ribu tahun. Dan yang menjadikan daripada nur kekasihNya akan segala perkara daripada `Arasy hingga kebawah petala bumi dan dihukumkan atasnya dengan binasa.

    Dan selawat dan salam atas penghulu kita Nabi Muhammad yang dibangkitkan dia memberi rahmat bagi sekalian makhluk. Dan atas segala keluarganya dan sahabatnya bintang petunjuk (mereka itu saperti bintang dapat petunjuk dengan dia didalam kalam).

    Dan atas segala yang mengikut dan yang mengikut akan mereka itu dengan kebajikan hingga kepada hari yang bersesak-sesak iaitu Hari Kiamat.

    Adapun tujuan hamba yang kerdil dan mempunyai kesalahan ini adalah semata-mata untuk menyampaikan isi kandungan yang terungkap didalam kitab yang muktabar < Jauhar Al-Mauhub > dan bagi memudahkan bagi mereka yang tidak dapat membaca  jawi ,demi mendapatkan berkatnya jua. Mudahan dengan rahmatNya memberi manafa`at ia akan kami dengan segala ilmunya dan berkatnya. Amin...!!!

    Terdapat empat puluh bab, pada tiap-tiap satu bab beberapa hadis dan ditinggalkan segala sanadnya kerana mengikut bagi asalnya. Dan dihimpunkan kepadanya daripada beberapa pengajaran yang indah-indah dan beberapa faedah yang ajaib-ajaib akan barang yang dipungut akandia daripada atsar perkataan sahabat yang marwiyyah dan beberapa perkataan `ulama yang mardhiyyah.

    Dihantarkan dia hal keadaan berharap memberi ia pengajaran bagi diriku dan memberi manfaat bagi orang islam sekeliannya. Amin...!!!



    Pengajaran itu memberi manfaat ia akan orang mukmin.

    Dan lagi sabda Nabi Sallallahu `alaihi wasallam pada hadis yang shahih :

    << Hendaklah menyampaikan oleh orang yang hadir akan orang yang ghaib (tidak hadir) >>



    Dan lagi sabda Sallallahu `alaihi wasallam :

    << Barangsiapa memelihara  atas umatku akan empat puluh hadis daripada pekerjaan agamanya, dibangkit akan dia oleh Allah Ta`ala pada hari kiamat didalam perhimpunan Fuqaha dan `Ulama. >>

    Dan pada satu riwayat :

    << Adalah aku baginya pada hari kiamat yang mensyafa`atkan dan yang menyaksikan >>

    Pada satu riwayat :

    << Dikatakan baginya masuk olehmu daripada barangmana pintu syurga yang engkau kehendak >>

    Daripda Ibnu ~abbas Radhiyallahu `anhuma daripada Nabi Sallallahu `alaihi wasallam bersabda :

    << Hai Tuhanku! Beri rahmat olehMu akan segala khalifahku maka sembah mereka itu siapa khalifah engkau Ya Rasulullah? Sabdanya, mereka yang datang kemudian daripada aku dan meriwayat mereka itu akan beberapa hadisku, mengajar mereka itu akan dia kepada manusia. >>

    Dan lagi sabda Nabi Sallallahu `alaihi wasallam :

    << Barangsiapa masuk menceritakan hadis pada Hari Juma`at maka seolah-olah saperti ia memerdekakan tujuh puluh sahya dan bersedekah dengan seribu dinar dan haji empat puluh kali dan adalah ia didalam keredhaan Allah dan ampunanNya. >>

    Dan akhirnya akan Allah jua aku pohon pinta dijadikan dia semata-mata bagi zatNya yang mulia. Dan sebab bagi kemenangan dengan nikmat yang berkekalan. Dan diberiNya taufiq akan kami bagi benar dan disudahi bagi kami dengan sebaik-baik kembali pada hari kembali. Amin..!!!


    AKAN DATANG BAB PADA MENYATAKAN KELEBIHAN FIKIR...
     
    http://permatapemberianyangindah-w34-wahab.blogspot.com/2010/04/menjagakan-segala-hati-yang-lalai.html