Friday, April 23, 2010

Menjagakan Segala Hati Yang Lalai


DENGAN NAMA ALLAH TUHAN YANG AMAT PEMURAH ATAS SEGALA HAMBANYA DENGAN SEBESAR-BESAR NIKMAT LAGI AMAT MENGASIHANI AKAN HAMBANYA DENGAN SEHALUS-HALUS NIKMAT.


Segala puji bagi Allah Tuhan yang menentukan ia akan zatNya dengan berkekalan dan yang mengurniakan atas kita dengan nikmat Iman dan Islam. Dan yang menjadikan daripada nurNya akan nur kekasihnya Nabi Muhammad dahulu daripada dijadikan Adam dengan dua ribu tahun. Dan yang menjadikan daripada nur kekasihNya akan segala perkara daripada `Arasy hingga kebawah petala bumi dan dihukumkan atasnya dengan binasa.

Dan selawat dan salam atas penghulu kita Nabi Muhammad yang dibangkitkan dia memberi rahmat bagi sekalian makhluk. Dan atas segala keluarganya dan sahabatnya bintang petunjuk (mereka itu saperti bintang dapat petunjuk dengan dia didalam kalam).

Dan atas segala yang mengikut dan yang mengikut akan mereka itu dengan kebajikan hingga kepada hari yang bersesak-sesak iaitu Hari Kiamat.

Adapun tujuan hamba yang kerdil dan mempunyai kesalahan ini adalah semata-mata untuk menyampaikan isi kandungan yang terungkap didalam kitab yang muktabar < Jauhar Al-Mauhub > dan bagi memudahkan bagi mereka yang tidak dapat membaca  jawi ,demi mendapatkan berkatnya jua. Mudahan dengan rahmatNya memberi manafa`at ia akan kami dengan segala ilmunya dan berkatnya. Amin...!!!

Terdapat empat puluh bab, pada tiap-tiap satu bab beberapa hadis dan ditinggalkan segala sanadnya kerana mengikut bagi asalnya. Dan dihimpunkan kepadanya daripada beberapa pengajaran yang indah-indah dan beberapa faedah yang ajaib-ajaib akan barang yang dipungut akandia daripada atsar perkataan sahabat yang marwiyyah dan beberapa perkataan `ulama yang mardhiyyah.

Dihantarkan dia hal keadaan berharap memberi ia pengajaran bagi diriku dan memberi manfaat bagi orang islam sekeliannya. Amin...!!!



Pengajaran itu memberi manfaat ia akan orang mukmin.

Dan lagi sabda Nabi Sallallahu `alaihi wasallam pada hadis yang shahih :

<< Hendaklah menyampaikan oleh orang yang hadir akan orang yang ghaib (tidak hadir) >>



Dan lagi sabda Sallallahu `alaihi wasallam :

<< Barangsiapa memelihara  atas umatku akan empat puluh hadis daripada pekerjaan agamanya, dibangkit akan dia oleh Allah Ta`ala pada hari kiamat didalam perhimpunan Fuqaha dan `Ulama. >>

Dan pada satu riwayat :

<< Adalah aku baginya pada hari kiamat yang mensyafa`atkan dan yang menyaksikan >>

Pada satu riwayat :

<< Dikatakan baginya masuk olehmu daripada barangmana pintu syurga yang engkau kehendak >>

Daripda Ibnu ~abbas Radhiyallahu `anhuma daripada Nabi Sallallahu `alaihi wasallam bersabda :

<< Hai Tuhanku! Beri rahmat olehMu akan segala khalifahku maka sembah mereka itu siapa khalifah engkau Ya Rasulullah? Sabdanya, mereka yang datang kemudian daripada aku dan meriwayat mereka itu akan beberapa hadisku, mengajar mereka itu akan dia kepada manusia. >>

Dan lagi sabda Nabi Sallallahu `alaihi wasallam :

<< Barangsiapa masuk menceritakan hadis pada Hari Juma`at maka seolah-olah saperti ia memerdekakan tujuh puluh sahya dan bersedekah dengan seribu dinar dan haji empat puluh kali dan adalah ia didalam keredhaan Allah dan ampunanNya. >>

Dan akhirnya akan Allah jua aku pohon pinta dijadikan dia semata-mata bagi zatNya yang mulia. Dan sebab bagi kemenangan dengan nikmat yang berkekalan. Dan diberiNya taufiq akan kami bagi benar dan disudahi bagi kami dengan sebaik-baik kembali pada hari kembali. Amin..!!!


AKAN DATANG BAB PADA MENYATAKAN KELEBIHAN FIKIR...

No comments:

Post a Comment

 
http://permatapemberianyangindah-w34-wahab.blogspot.com/2010/04/menjagakan-segala-hati-yang-lalai.html