Mengangkat Allah Ta`ala akan mereka yang beriman dan segala mereka yang diberi akan mereka itu ilmu beberapa derajat.
- Kata Ibnu Abbas Radhiyallahu `anhuma : Bagi mereka itu beberapa derajat yang lebih atas orang mukmin dengan tujuh ratus derajat; barang yang antara derajat itu perjalanan lima ratus tahun, saperti antara langit dan bumi.
- Daripada Ibnu Abbas Radhiyallahu `anhuma : Bahawasanya Allah Ta`ala bermegah-megah akan malaikat dengan dakwat ulama saperti bermegah-megah Ia dengan darah orang yang mati syahid.
- Kata Imam Syafi`e Radhiyallahu Ta`ala `anhu : Barangsiapa tiada kasih akan ilmu, tiada kebajikan padanya maka jangan kamu berkenalan dan bertaulan dengan dia kerana bahawasanya ilmu itu menghidupkan segala hati.
- Sabda Nabi Sallallahu `alaihi wasallam : Menuntut ilmu itu fardhu atas tiap-tiap muslim (laki-laki) dan muslimah (perempuan).
- Daripada Saiyidina Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu `anhu : Barangsiapa menuntut ilmu adalah syurga itu didalam tuntutnya dan barangsiapa menuntut maksiat adalah neraka itu didalam tuntutnya.Ulama ditanggungkan atas ilmu yang manfaat. Ulama yang tidak beramal dengan ilmunya dicela oleh syara`.
- Daripada Abi Hurairah dan Abi Zar Radhiyallahu `anhuma bahawasanya keduanya dengar Rasulullah Sallallahu `alaihi Wasallam bersabda : Apabila orang yang menuntut ilmu itu menemui mati dalam keadaan menuntut ilmu maka ia mati syahid.
- Sabda Nabi Sallallahu `alaihi wasallam bagi Ibnu Mas`ud Radhiyallahu `anhu: Hai Ibnu Mas`ud, duduk engkau satu saat pada majlis ilmu padahal tiada engkau menyentuh qalam dan tiada engkau menyurat satu huruf jua pun, maka ia terlebih baik daripada memerdekakan seribu sahaya dan menilik engkau kepada muka orang `alim terlebih baik daripada seribu kuda yang engkau sedekah dengan dia didalam sabilillah dan memberi salam engkau atas orang `alim terlebih baik daripada ibadat seribu tahun (yang sunat).
- Riwayat daripada Umar bin Al-Khatthab ia berkata aku dengar Rasulullah Sallallahu `alaihi Wasallam bersabda : Barangsiapa berjalan kepada halaqah orang `alim adalah baginya tiap-tiap langkah seratus kebajikan, maka apabila duduk ia padanya dan mendengar ia akan barang yang dikatanya, adalah baginya dengan tiap-tiap satu kalimat satu kebajikan.
- Sabda Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam : Satu orang `alim faqih yang memberati dengan wara` terlebih payah atas syaitan tipu-dayanya daripada seribu `abid yang bersungguh-sungguh pada ibadatnya yang jahil lagi wara` saperti kisah Bersesa .
- Sabda Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam : Kelebihan orang `alim atas orang `abid saperti kelebihan bulan pada malam penuh purnama atas segala bintang dan dikehendaki dengan kelebihan itu , banyak pahalanya dan tinggi derajatnya pada akhirat. ( Pada satengah riwayat : saperti kelebihanku atas umatku).
- Riwayat daripada Ibnu `Abbas Radhiyallahu `anhuma daripada Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam bersabda : Hai Tuhanku ampun olehMU bagi segala orang yang mengajar dan beri berkat olehMU pada badan mereka itu dan panjangkan olehMU pada umur mereka itu.
- Daripada Umamah daripada Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam bersabda : Bahawasanya Allah Ta`ala dan malaikat dan ahli langit dan ahli bumi dan ikan dilaut berselawat mereka itu (minta ampun mereka itu atas orang yang mengajar akan manusia dengan kebajikan).
- Daripada Annas Radhiyallahu `anhu daripada Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam bersabda : Barangsiapa kasih kepada pemerdekaan Allah Ta`ala daripada api neraka maka tilik olehmu kepada orang yang belajar ilmu. Demi Tuhan diri Muhammad dengan tangan kudratNYA, tiada daripada orang yang berlajar ilmu yang pergi datang kepada pintu orang yang `alim melainkan di surat Allah baginya dengan tiap-tiap langkah, ibadat setahun dan diperbuat baginya dengan tiap-tiap langkah itu mahligai didalam syurga dan berjalan ia diatas bumi dan bumi meminta ampun baginya.
- Riwayat daripada Abdullah bin Mas`ud Radhiyallahu `anhu sabda Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam : Barangsiapa berlajar satu bab daripada `ilmu yang dapat manafa`at dengan dia pada akhiratnya dan pada dunianya nescaya terlebih baik baginya daripada umur dunia tujuh ribu tahun puasa pada siang harinya dan sembahyang pada malamnya lagi maqbul `amalnya.
- Sabda Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam : Aku perbendaharaan ilmu dan `Ali pintunya, maka tatkala mendengar segala orang Khawarij akan hadis ini hasad mereka itu atas Saidina `Ali maka berhimpun sepuluh orang yang besar-besar daripada mereka itu dan berkata, kita tanya akan dia pada masa`alah seorang. Jika ia jawab bagi tiap-tiap seorang daripada kita lain jawabnya maka kita ketahuilah bahawasanya ia `alim sungguh saperti kata Nabi itu. Datang seorang daripada mereka itu dan berkata ia ; Hai `Ali `ilmu afdhalkah atau harta? Maka jawabnya ``ilmu afdhal daripada harta, maka katanya apa dalilnya? Jawabnya kerana `ilmu pesaka Nabi-Nabi dan harta pesaka Qarun, Syaddad, Fir`un dan umpama mereka itu. Kemudian datang yang kedua bertanya ia saperti yang dahulu jua, maka jawab Saiyidina `Ali; `ilmu afdhal daripada harta kerana `ilmu itu memeliharakan dikau, dan harta, engkau peliharakan dia. Kemudian datang yang ketiga bertanya ia saperti dahulu jua maka jawab Saiyidina `Ali; `ilmu itu afdhal daripada harta kerana yang punya harta banyak seteru dan orang yang mempunyai `ilmu itu banyak taulannya. Kemudian datang yang keempat bertanya ia saperti dahulu jua maka jawab Saiyidina `Ali; `ilmu itu afdhal daripada harta kerana harta itu apabila engkau nafkahkan kurang ia dan `ilmu apabila engkau nafkah dia bertambah ia. Kemudian datang yang kelima bertanya ia saperti dahulu jua maka jawab Saiyidina `Ali; `ilmu itu afdhal daripada harta kerana yang punya harta diseru dengan nama bakhil dan cela dan punya `ilmu diseru dengan nama besar dan mulia. Kemudian datang yang keenam bertanya ia saperti dahulu jua maka jawab Saiyidina `Ali; `ilmu itu afdhal daripada harta kerana harta dipeliharakan dia daripada pencuri, `ilmu tiada dipeliharakan daripada pencuri. Kemudian datang yang ketujuh bertanya ia saperti dahulu jua maka jawab Saiyidina `Ali; `ilmu itu afdhal daripada harta kerana yang punya harta dihisab akan dia pada hari qiamat dan yang punya `ilmu disyafa`at akan dia pada hari qiamat. Kemudian datang yang kedelapan bertanya ia saperti dahulu jua maka jawab Saiyidina `Ali; `ilmu itu afdhal daripada harta kerana harta binasa dengan lama masa dan `ilmu tiada binasa dengan demikian. Kemudian datang yang kesembilan bertanya ia saperti dahulu jua maka jawab Saiyidina `Ali; `ilmu itu afdhal daripada harta kerana harta mengeraskan hati dan `ilmu menerangkan hati. Kemudian datang yang kesepuluh bertanya ia saperti dahulu jua maka jawab Saiyidina `Ali; `ilmu itu afdhal daripada harta kerana yang punya harta mendakwakan ketuhanan sebab harta dan yang punya `ilmu mendakwakan kehambaan. Kata saiyidina `Ali jikalau bertanya mereka itu akandaku pada masa`alah ini nescaya aku jawab yang berlain-lain selama hidupku, maka datang mereka itu masuk islam sekaliannya.
- Sabda Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam : Barangsiapa berpindah kerana berlajar `ilmu (`ilmu syar`e) diampuni baginya dahulu daripada melangkah ia daripada tempatnya (jika menghendaki dengan berlajar itu bagi wajah Allah Ta`ala.
- Sabda Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam : Mulia olehmu akan `ulama bahawasanya mereka itu pada Allah Ta`ala kemuliaan lagi dimuliakan mereka itu (pada malaikat dan lainnya.
- Riwayat daripada Abi Hurairah Radhiyallahu `anhu berkata ia aku dengar Rasulullah Sallallahu `alaihi Wasallam bersabda : Apabila berkhabar-khabar orang `alim pada majlisnya dengan `ilmu padahal tiada dimasuk akan dia main-main dan tiada sia-sia nescaya menjadi Allah Ta`ala daripada tiap-tiap kalimat yang keluar daripada mulutnya satu malaikat meminta ampun ia baginya dan bagi orang yang mendengarnya hingga Hari Qiamat.
- Sabda Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam : Barangsiapa menilik (melihat) kepada muka orang `alim satu tilik, suka ia dengan tilik itu maka malaikat meminta ampun baginya hingga Hari Qiamat.
- Sabda Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam : Barangsiapa memuliakan orang `alim maka sesungguhnya memuliakan ia akan daku dan barangsiapa memuliakan akan daku maka memuliakan ia akan Allah Ta`ala dan barangsiapa memuliakan Allah maka tempatnya Syurga.
- Sabda Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam : Tidur orang `alim itu afdhal daripada `ibadat orang jahil.
- Sabda Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam : Barangsiapa berlajar satu bab daripada `ilmu ber`amal dengan dia atau tiada ber`amal dengan dia adalah ia terlebih afdhal daripada sembahyang sunat seribu raka`at tetapi tak dapat tiada bagi hamba itu daripada beramal dengan `ilmunya kerana banyak hadis yang mencela akan `ulama yang tiada ber`amal dengan `ilmunya. Saperti riwayat daripada Saiyidina `Umar bin Al-Khattab Radhiyallahu `anhu berkata ia, aku dengar Rasulullah Sallallahu `alaihi Wasallam bersabda : Bahawasanya orang `alim apabila tiada ber`amal dengan `ilmunya didalam rongganya, melaknat akan dia oleh tiap-tiap sesuatu yang naik atasnya matahari dan menyurat Malaikat Hafadzah tiap-tiap hari dimeteri atas suratannya ini hamba yang putus asa daripada rahmat Allah; Hai hamba Allah yang mensia-siakan segala haq penghulunya, hai orang yang tiada ber`amal dengan `ilmunya, atas engkau laknat Allah. Maka apabila mati ia dicabut Allah akan ruhnya atas ketiadaan syahadat dan diharamkan mati diatas beriman. A`aazanallahu min zaalik.
- Sabda Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam : Bahawasanya yang terlebih manusia siksa pada Hari Qiamat itu orang `alim yang tiada memberi manfa`at akan dia `ilmunya (tiada meng`amalkan dengan `ilmunya). Riwayat Thabarani dan Baihaqi. (Kata Ibnu Roslan) : Maka orang `alim yang tiada meng`amalkan dengan `limunya disiksa akan dia dahulu daripada kafir yang menyembah berhala. (Kat Imam Ghazali Rahimahullahu Ta`ala): `Ilmu dengan tiada `amal itu gila dan `amal dengan tiada `ilmu itu tiada sah.
- Sabda Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam : Barangsiapa ziarah akan orang `alim maka seolah-olah saperti ia ziarah akandaku dan barangsiapa berjabat tangan akan orang `alim maka seolah-olah saperti ia berjabat tangan akandaku dan barangsiapa sekedudukan ia akan orang `alim maka seolah-olah saperti ia sekedudukan akandaku pada dunia dan barangsiapa sekedudukan akandaku pada dunia aku dudukkan dia sertaku pada Hari Qiamat.
- Riwayat daripada Abi Hurairah Radhiyallahu `anhu berkata ia aku dengar Rasulullah Sallallahu `alaihi Wasallam bersabda : Barangsiapa ziarah orang `alim aku dhaman (jamin) baginya atas Allah Ta`ala akan Syurga.
- Daripada Saiyidina `Ali Ibnu Abi Thalib bahawasanya berkata ia sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : Barangsiapa ziarah akan orang `alim (quburnya) kemudian membaca ia disisinya akan satu ayat daripada Kitab Allah nescaya memberi akan dia Allah Ta`ala dengan sebilang-bilang langkahnya satu mahligai didalam Syurga dan adalah baginya dengan tiap-tiap satu huruf yang dibacanya diatas quburnya satu mahligai didalam Syurga daripada emas. [Hikayat daripada Ka`ab Al-Ahbar] Bahawasanya Allah Ta`ala hisabkan hambanya maka apabila berat kejahatannya atas kebajikannya, disuruh dia kepada Neraka. Apabila dibawa dia kepada Neraka, berfirman Allah Ta`ala kepada Jibril; dapatkan olehmu akan hambaKU itu dan tanyakan akandia adakah ia duduk pada majlis orang `alim di dunia maka AKU ampunkan baginya dengan syafa`atnya, bertanya Jibril akandia mak katanya tiada. FirmanNYA lagi tanya olehmu adakah ia kasih akan orang `alim, maka katanya tiada. FirmanNYA lagi tanya olehmu adakah ia duduk bersama hidangan orang `alim maka katanya tiada. FirmanNYA lagi tanya olehmu adakah ia diam pada kampong orang `alim maka katanya tiada. FirmanNYA lagi tanya olehmu adakah muafakat namanya akan nama orang `alim atau nasabnya nasab orang `alim maka katanya tiada. FirmanNYA lagi tanya olehmu adakah ia kasih ia akan laki-laki yang kasih ia akan orang `alim katanya ya; FirmanNYA bagi Jibril, ambil olehmu akan tangannya dan bawa akandia masuk kedalam Syurga, telah aku ampun baginya dengan sebab demikian itu. Wallahu a`lam.
- Sabda Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam : Berlajar olehmu akan `ilmu kerana berlajar `ilmu itu kebajikan dan menuntut akan dia itu `ibadat dan muzakarah akan dia itu tasbih dan bahas daripadanya jihad ( sapeerti perang sabil) dan mengajar akan dia bagi orang yang tiada tahu itu sedekah.
- Sabda Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam : Adalah bagi Allah Ta`ala pada tiap-tiap hari dan malam seribu rahmat, sembilan ratus sembilan puluh sembilan bagi `ulama dan bagi segala orang yang menuntut `ilmu, dan rahmat yang satu bagi segala manusia yang lain daripada mereka itu.
- Sabda Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam : Ilmu itu beberapa bendeharaan, anak kuncinya bertanya, maka tanya olehmu kerana diberi pahala padanya akan empat orang; 1) iaitu orang yang bertanya, 2) orang`alim, 3) orang yang mendengar dan 4) orang yang kasih bagi mereka itu.
- Berkata Abid Darda : Orang yang mengajar dan orang yang berlajar itu bersekutu keduanya pada kebajikan dan sekalian manusia saperti lalat atas muka binatang tiada kebajikan mereka itu. Dan katanya lagi : Jadi olehmu `alim atau ong berlajar atau orang mendengar dan jangan kamu jadi yang keempat iaitu jahil maka binasa engkau.
- Sabda Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam : Barangsiapa berlajar satu bab daripada `ilmu supaya mengajar ia akan manusia, diberi akan dia pahala tujuh puluh orang benar (sidek).
TANBIAH (PERINGATAN)
Bagi orang yang menuntut `ilmu itu untuk membaikkan niatnya kerana
Sabda Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam :
Sesungguhnya segala `amalan itu dengan niat.
Dan daripada Rasulullah Sallallahu `alaihi Wasallam :
Beberapa daripada `amal dirupakan dengan rupa `amal dunia dengan baik niat adalah ia daripada `amal akhirat dan beberapa daripada `amal dirupakan dengan rupa `amal akhirat tetapi menjadi `amal dunia dengan sebab jahat niatnya.
Maka bagi siapa hendak berbuat sesuatu kebajikan hendaklah menghadirkan niat kerana
Allah Ta`ala kerana niat itu kepala segala `amal.
Barangsiapa membukakan atas dirinya pintu kebajikan dibukakan Allah atasnya tujuh puloh pintu petunjuk dan barangsiapa membukakan atas dirinya pintu kejahatan dibukakan Allah atasnya tujuh puloh pintu Khazlaan (tiada dapat petunjuk).
Pintu kebajikan itu daripada baik niat dan pintu kejahatan itu daripada jahat niat maka apabila berniat hamba akan kebajikan, diberi pahala atasnya dan jika tiada ia berbuat akan dia sekalipun.
Saperti yang tersebut didalam musnad Abi Ya`la bahawasanya Rasulullah Sallallahu `alaihi Wasallam bersabda : Firman Allah Ta`ala bagi Malaikat Hafadzah pada Hari Kiamat; suruh olehmu bagi hambaku bagian-bagian daripada pahala, maka kata malaikat Hafadzah; tiada kami ketahui akan demikian itu daripadanya dan tiada dalam suratannya maka firman Allah Ta`ala bahawasanya ia berniat hendak perbuat akandia.
[Hikayat] DUA ORANG BERSAUDARA
Dua orang bersaudara,salah seorang daripadanya `abid (ahli ibadat) yang berbuata ibadat dan yang stau lagi itu melebih-lebihi atas dirinya dengan syahwat keinginan nafsunya. Adalah yang `abid itu cinta hendak melihat iblis maka pada satu hari melihat ia akan iblis dan berkata iblis baginya; Hai menyesal atas engkau, telah engkau sia-siakan `umur engkau empat puloh tahun didalam menegahkan diri engkau dan memenatkan badan engkau pada hal tinggal lagi `umur engkau empat puloh tahun, maka ikut olehmu akan nafsu engkau pada segala keinginannya. Berkata yang `abid pada dirinya aku hendak turun pergi muafakat dengan saudaraku dibawah itu pada makan dan minum pada segala yang lazat-lazat dalam masa dua puloh tahun kemudian aku taubat dan aku berbuat ibadat pad dua puloh tahun yang tinggal lagi, maka turun ia pada saudaranya atas niat itu dan saudaranya yang dibawah (yang mabuk arak) mengetahui ia akan dirinya didalam kelakuan yang sangat jahat maka berkata ia pada dirinya; telah aku membinasakan `umurku didalam maksiat dan saudara ku didalam ta`at dan ibadat maka aku masuk neraka dan ia masuk syurga kemudian berniat ia hendak taubat dan hendak berbuat `ibadat serta saudaranya maka naik ia kepada saudaranya atas niat ta`at dan `ibadat dan turun saudaranya atas niat maksiat maka tergelincir kakinya jatuh atas saudaranya maka mati keduanya. Dihasyarkan `abid atas niat maksiat dan hasyarkan yang `asi (bermaksiat) itu atas niat ta`at dan `ibadat.
[Hikayat]
Didatangkan dengan seorang pada Hari Kiamat mengambil ia akan suratan `amalnya dengan tangan kanan maka mendapat ia padanya akan pahala haji dan perang sabil dan sedekah yang tiada ia kerjakan dia pada dunia, berkata ia; Hai Tuhanku ini bukan suratanku, tiada aku berbuat suatu daripada demikian itu maka firman Allah Ta`ala; ini surat engkau dan engkau berkata jika ada bagiku harta, aku hendak mengerjakan haji dan bersedekah dan perang sabil. AKU ketahui akan benar niat engkau itu maka AKU berikan dikau pahala demikian itu sekaliannya. Ini menunjukkan bahawa niat hendak berbuat kebajikan itu dapat pahala dan jikalau tiada dikerjakan dia sekali pun.Maka sayugianya hendaklah berniat hendak berbuat sekalian bagi kebajikan apabila kuasa atasnya.
Hendaklah berniat dengan menuntut `ilmu itu akan keredhaan Allah Ta`ala dan negeri akhirat dan menghilangkan jahil daripada dirinya dan daripada orang yang jahil dan menghidupkan agama kerana bahawasanya kekal agama Islam itu dengan `ilmu dan tiada sah zahid dan taqwa melaikan dengan `ilmu dan berniat syukur atas nikmat iman dan `aqal dan sihat badan dan jangan berniat dengan menuntut `ilmu itu akan berhadap manusia kepadanya dan mendatangkan dunia dan kemulian pada raja-raja dan lainnya daripada dunia maka tiadalah dapat fadilat menuntut `ilmu yang tersebut.
ADAB BAGI ORANG YANG MENUNTUT
Hendaklah bagi orang yang menuntut itu memelihara akan segala adabnya kerana tiada mencapai akan `ilmu dan tiada manfa`at dengan dia dan tiada berkat padanya melainkan dengan beradab. Satengah daripadanya :
- MEMBESARKAN `ILMU DAN AHLINYA.
- MEMBESARKAN GURUNYA... Satengah daripada membesarkan dia:
- Jangan berjalan dihadapannya.
- Jangan duduk pada tempatnya.
- Jangan memulai perkataan.
- Jangan membanyakkan perkataan dan tertawa-tawa dihadapannya melainkan dengan izinnya atau redhanya.
- Jangan bertanya akan dia masaalah pada ketika jemu.
- Jangan diseru akan dia dengan namanya saperti jangan diserukan dua ibu-bapa dengan nama keduanya.
- MEMBESARKAN KITAB ... Satengah daripadanya :
- Jangan mengambil akan dia melainkan dengan wudhu kerana bahawasanya `ilmu itu nur dan wudhu itu nur maka bertambah nur `ilmu itu dengan nur wudhu.
- Jangan menganjurkan kakinya kepada kitab.
- Jangan menghantarkan (meletakkan) atasnya suatu.Iaitu haram melainkan kerana hajat.
- MEMBESARKAN `ILMU...Satengah daripadanya :
- Membesarkan taulannya yang bersekutu pada menuntut `ilmu.
- Memeliharakan daripada perangai yang keji-keji dan menjauhkan dia.
Sabda Nabi Sallallahu`alai wasallam.:
TIADA MASUK MALAIKAT PADA RUMAH YANG ADA PADANYA ANJING ATAU RUPA-RUPA BINATANG DAN BAHAWASANYA MENUNTUT `ILMU ITU DENGAN WASITAH MALAIKAT.
ORANG YANG TIDAK WARA` PADA MENUNTUT `ILMU
Besabda Nabi Sallallahu`alai wasallam.:
BARANGSIAPA TIADA WARA` PADA MENUNTUT `ILMU, DIBALA AKAN DIA DENGAN SALAH SATU DARIPADA TIGA PERKARA;
TIADA MASUK MALAIKAT PADA RUMAH YANG ADA PADANYA ANJING ATAU RUPA-RUPA BINATANG DAN BAHAWASANYA MENUNTUT `ILMU ITU DENGAN WASITAH MALAIKAT.
ORANG YANG TIDAK WARA` PADA MENUNTUT `ILMU
Besabda Nabi Sallallahu`alai wasallam.:
BARANGSIAPA TIADA WARA` PADA MENUNTUT `ILMU, DIBALA AKAN DIA DENGAN SALAH SATU DARIPADA TIGA PERKARA;
- DIMATI AKAN DIA PADA KETIKA MUDANYA.
- JATUH AKAN DIA PADA PIHAK TEPI-TEPI NEGERI.
- DIBALAKAN DIA DENGAN BERKHIDMAT PADA RAJA-RAJA.
Satengah daripada wara` yang kamil (sempurna) :
- MEMELIHARA IA DARIPADA KENYANG, BANYAK TIDUR DAN MEMBANYAKKAN PERKATAAN YANG SIA-SIA.
- MEMELIHARA IA DARIPADA MAKAN AKAN MAKANAN PEKAN KERANA :
- MAKANAN PEKAN ITU TERLEBIH HAMPIR BAGI NAJIS DAN KHIANAT DAN TERLEBIH JAUH DARIPADA ZIKIR ALLAH DAN TERLEBIH HAMPIR KEPADA LALAI;
- MATA SEGALA FAQIR JATUH ATASNYA TIADA KUASA MEREKA ITU MEMBELI AKAN DIA MAKA JADI MENYAKITI MEREKA ITU DENGAN DEMIKIAN ITU MAKA HILANG BERKATNYA.
Besabda Nabi Sallallahu`alai wasallam.:
HAK ORANG MENGAJAR ATAS ORANG BERLAJAR ITU ENAM PERKARA :
- JANGAN DI SERU AKAN GURUNYA DENGAN NAMANAYA.
- JANGAN DI JADIKAN LUTUTNYA SERTA LUTUT GURUNYA.
- JANGAN DUDUK PADA TEMPATNYA.
- JANGAN TERTAWA-TAWA DI HADAPANNYA.
- JANGAN BERJALAN DI HADAPANNYA.
- JANGAN MENGANGKAT SUARANYA ATAS SUARA GURUNYA.
YANG TERLEBIH KUAT SEBAB BAGI HAFAZ
Satengah daripada yang terlebih kuat sebab bagi hafaz: Bersungguh dan mengekali dan sedikit makan dan sembahyang tahajjud pada malam dan membanyakkan membaca Quran dan membaca tatkala mengangkat akan kitabnya :
BISMILLAH.
WASUB HAA NALLAH.
WALHAMDULILLAH.
WALAA ILAAHA IL LALLAH.
WALLAHU AKBAR.
WALAA HAULA WALAA QUW WATA ILLAA BIL LAAH.
AL `ALIYUL `A DZIIM.
AL `AZIIZUL `ALIIM.
`ADADA KULLI.......................................
DAA HIRIIN.
Dan membanyakkan selawat atas Nabi Sallallahu `alihi wasallam dan bersugi dan meminum asli madu dan memakan kundur serta sakar dan makan buah zabib merah dua puloh satu biji tiap-tiap hari pagi-pagi belum makan sesuatu. Faedahnya mempesakai akan hafaz dan menyembuh daripada segala penyakit.
No comments:
Post a Comment